NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010
The Personal Data Protection Act 2010 (hereinafter referred to as the “PDPA”),
which regulates the processing of personal data in commercial transactions,
applies to Icon Venture Capital Sdn Bhd, Icon PayEx and its related entities
(hereinafter collectively referred to as “IVC”, “our”, “us” or “we”) as a data
user. For the purposes of this written notice, the terms “personal data” and
“processing” shall have the same meaning as prescribed in the PDPA.
1. This written notice (“Notice”) is issued by us and serves to inform you that
your personal data is being processed by or on behalf of IVC.
2. The personal data processed by us may include your name, national
registration identity card number (NRIC no.), contact number, address,
occupation, email address, bank account details, salary and any other details
that you have provided or may provide us with in the documents or in the manner
as prescribed in paragraph 4 of this Notice or which may have been provided to
us by any other party as authorized by you as well as all other details relating
thereto.
3. We are processing your personal data, including any additional information
you may subsequently provide, for the following purposes (“Purposes”):
(a) assessing and processing any application form by you or concerning you;
(b) performing the contract and such other contracts as you will or may have
entered with, us or which your guarantor(s) may or will have entered with us;
(c) issuing you documentation relevant to any contract between us;
(d) managing and administering our records;
(e) facilitating or enabling any checks that we conduct or by any third party on
you from time to time;
(f) assisting any government agencies or bureaus or bodies including for the
purposes of police or regulatory investigations;
(g) facilitating your compliance with any laws or regulations applicable to you;
(h) communicating with you and responding to your enquiries;
(i) conducting our research, internal activities, internal market surveys and
trend analysis;
(j) complying with any laws or regulations applicable to our business;
(k) sending you information on any of our products and services; or
such other purposes as may be related to the foregoing.
4. Your personal data is and will be collected from you and/or from the
information you have provided in the documentation that you have or have
authorized to be provided to us, or will provide to us including from all
application/registration forms or accounts that you have been asked to complete
(via our website, mobile application, online or otherwise) and cookies stored on
your computer, together with any other information that we may obtain about you
from oral or written communications.
5. You may access and request for the correction of your personal data and to
contact us with any enquiries or complaints in respect of your personal data as
follows:
Designation of the contact person:
Phone number: 016-213 8181
E-mail address: payment@iconventure.com.my
In accordance with the PDPA, we may refuse to comply with your request for
access or correction to your personal data and if we refuse to comply with such
request, we will inform you of our refusal and reason for our refusal.
6. Your personal data may be disclosed to any IVC partners, offices or branches
and/or the subsidiaries or related companies of IVC, all governmental and/or
quasi-governmental departments and/or agencies, regulatory and/or statutory
bodies, such as but not limited to Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia and
Securities Commission, our auditors, banks, valuers, lawyers, auctioneers,
insurers, business partners and/or service providers and any other third party
that you have requested or authorized us to disclose your personal data to for
the above purposes or for any other purposes for which your personal data was to
be disclosed at the time of its collection or any other purposes directly
related to any of the above Purposes subject at all times to any laws (including
regulations, standards, guidelines and/or obligations) applicable to IVC.
7. Your personal data may be transferred to places outside Malaysia.
8. You are responsible for ensuring that the personal data you provide us is
accurate, complete and not misleading and that such personal data is kept up to
date.
9. If you fail to supply to us the abovementioned personal data, we may not be
able to process your personal data for any of the Purposes and in the case of an
application with us; we will not be able to consider your application.
10. In the event of any inconsistencies between the English version and the
Bahasa Malaysia version of this notice, the English version shall prevail over
the Bahasa Malaysia version.
...........................................................................................
(NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010)
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai “PDPA”), yang
mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial,
adalah terpakai terhadap Icon Venture Capital Sdn Bhd, Icon PayEx dan entity
yang berkaitan (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “IVC”, “kami” atau
“kita”) sebagai pengguna data. Untuk tujuan Notis ini, terma-terma “data
peribadi” dan “pemprosesan” akan mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan di
dalam PDPA.
1. Notis bertulis ini (“Notis”) bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa
data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak IVC.
2. Data peribadi yang diproses oleh kami termasuk nama, nombor kad pengenalan,
nombor telefon, alamat, pekerjaan, alamat e-mel, butiran akaun bank, gaji dan
sebarang butiran-butiran lain anda, yang diberikan oleh anda dalam
dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam perenggan 4 Notis ini atau diberikan
kepada kami oleh mana-mana pihak yang telah diluluskan oleh anda termasuklah
sebarang butiran-butiran lain yang berkaitan dengannya.
3. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuklah sebarang maklumat
tambahan yang anda mungkin berikan kemudian, untuk tujuan-tujuan berikut
(“Tujuan-Tujuan”):
(a) menilai dan memproses permohonan anda atau mengenai anda;
(b) melaksanakan kontrak dan sebarang kontrak-kontrak lain yang akan dimasuki
atau telah dimasuki antara anda dengan kami ataupun kontrak yang akan dimasuki
atau telah dimasuki dengan penjamin anda;
(c) mengeluarkan kepada anda dokumentasi yang berkaitan dengan kontrak antara
kita;
(d) mengurus dan mengendalikan rekod kami;
(e) memudahkan atau membolehkan sebarang pemeriksaan yang dijalankan oleh kami
atau mana-mana pihak ketiga mengenai anda;
(f) membantu agensi-agensi, biro-biro atau badan-badan kerajaan termasuklah
untuk tujuan penyiasatan polis atau pengawalseliaan;
(g) memudahkan anda mematuhi sebarang undang-undang atau peraturan-peraturan
yang terpakai terhadap anda;
(h) berkomunikasi dengan anda dan membalas pertanyaan anda;
(i) menjalankan penyelidikan, aktiviti-aktiviti dalaman, menjalankan kaji
selidik pasaran dalaman dan analisis trend;
(j) mematuhi mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai
kepada perniagaan kami;
(k) memberi anda maklumat mengenai produk atau perkhidmatan kami; atau
bagi tujuan-tujuan lain yang mungkin berkaitan dengan perkara-perkara yang
dinyatakan di atas.
4. Data peribadi anda yang diproses oleh kami merangkumi segala maklumat yang
terkandung di dalam dokumentasi yang anda berikan atau benarkan untuk diberikan
kepada kami, atau akan memberikan kepada kami termasuk dari semua borang
permohonan/pendaftaran yang diminta anda lengkapkan (melalui laman sesawang
kami, aplikasi mudah alih, dalam talian atau kaedah yang lain) dan “cookies”
yang disimpan dalam computer anda, serta maklumat-maklumat lain tentang diri
anda yang kami perolehi dari komunikasi lisan atau bertulis antara kita.
5. Anda boleh mengakses dan memohon untuk mengemaskini atau membuat pembetulan
data peribadi anda serta menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan
berkenaan dengan data peribadi anda seperti berikut:
Jawatan Individu Yang Perlu Dihubungi:
No. Telefon: 016-213 8181
Alamat e-mel: payment@iconventure.com.my
Selaras dengan PDPA, kami berhak untuk tidak mematuhi permintaan anda untuk
mengakses atau untuk membuat pembetulan ke atas data peribadi anda dan sekiranya
kami enggan mematuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan kepada anda
tentang keengganan kami berserta alasan-alasan terhadap keengganan kami.
6. Tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan-peraturan,
piawai, garispanduan dan/atau kewajipan) yang terpakai terhadap IVC pada setiap
masa, data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada mana-mana rakan perniagaan,
pejabat atau cawangan IVC dan/atau, anak-anak syarikat atau syarikat-syarikat
berkaitan di bawah IVC, semua jabatan dan/atau agensi kerajaan dan/atau
kuasi-kerajaan, badan-badan penguatkuasa dan/atau berkanun, seperti dan tidak
hanya terhad kepada Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya
Sekuriti, juru audit kami, bank-bank kami, penilai, peguam, jurulelong, pihak
insuran rakan-rakan perniagaan dan/atau pembekal-pembekal perkhidmatan dan
sebarang pihak ketiga yang lain yang mana anda telah minta atau memberikan kuasa
kepada kami untuk menzahirkan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang
dinyatakan di atas atau sebarang tujuan-tujuan yang mana data peribadi anda
telah dizahirkan pada masa pengumpulannya atau untuk tujuan lain yang mempunyai
hubungan secara langsung dengan mana-mana Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di atas.
7. Data peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.
8. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan
kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
9. Jika anda gagal untuk memberikan kepada kami data peribadi yang dinyatakan di
atas, kami mungkin tidak boleh memproses data peribadi anda untuk sebarang
Tujuan-Tujuan dan dalam perkara berkaitan dengan permohonan anda dengan kami,
kami mungkin tidak dapat untuk mempertimbangkan permohonan anda.
10. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris
dan Bahasa Malaysia ke atas Notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan
digunakan.
...........................................................................................